Makmal Chromebook

PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL CHROMEBOOK

1. Guru yang ingin menggunakan Makmal Chromebook haruslah mendapat kebenaran daripada penyelaras dan selepas menggunakannya hendaklah kembalikan semula kunci yang di ambil kepada penyelaras.
2. Chromebook Cart tidak boleh dipindahkan dari satu tingkat ke tingkat yang lain. Ia hanya boleh dipindahkan dari suatu bilik ke bilik yang lain pada tingkat yang sama.
3. Sambungan internet secara Wifi di dalam Makmal Chromebook tidak boleh melebihi 42 sambungan WiFi secara serentak
4. Chromebook berlabel 01 hingga 05 adalah untuk kegunaan guru manakala chromebook pelajar bermula dari 06 hingga 41.
5. Guru diminta merekodkan penggunaan makmal dan memastikan semua pelajar merekodkan nama dan nombor chromebook di dalam buku rekod penggunaan yang disediakan.
6. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan chromebook tanpa pengawasan guru. Guru wajib bersama pelajar sehingga tamat PdP.
7.  Guru wajib memastikan keadaan pelajar terkawal, memastikan keselamatan chromebook dan meletakkan kembali chromebook ke dalam ‘cart’ mengikut nombor yang telah dilabel.
8. Jika berlaku kerosakan atau kehilangan peralatan, sila laporkan kepada penyelaras dengan segera.
9.   Pastikan semua suis telah ditutup dan ‘cart’ telah dikunci sebelum meninggalkan makmal.
10. Kerjasama semua pihak amatlah dihargai agar Makmal Chromebook ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment