GARIS PANDUAN
MENGENAI TATACARA PENGGUNAAN eBOOK NEGERI TERENGGANU
1. Hak
Milik eBOOK
1.1 Pihak
pengurusan sekolah berkenaan mempunyai hak untuk memindahkan atau menarik
balik eBOOK yang diberi milik kepada pengguna berdasarkan keperluan
tertentu, kepentingan semasa atau jika didapati mana-mana bahagian perjanjian,
peraturan-peraturan dan syarat-syarat telah diingkari.
1.2 Perkakasan
tersebut tidak dibenarkan untuk dijual, disewakan, dipindahkan, dipatenkan,
dipinjamkan, disebarkan atau diberi milik kepada sesiapa atau entiti lain sama
ada sebahagian peralatan yang dibekalkan atau keseluruhan komponen lengkap
tanpa kebenaran pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
1.3 Setiap
pengguna hendaklah mematuhi dasar dan peraturan yang ditetapkan ini. Di samping
itu, setiap pengguna disaran supaya menjadi pengguna beretika dan menghormati
pengguna-pengguna lain.
1.4 Pengguna eBOOK akan
dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kehilangan eBOOK atau
peralatannya.
2. Tanggungjawab
Pengguna eBOOK
2.1 Pengguna
bertanggungjawab memastikan keselamatan eBOOK yang diperuntukkan
kepadanya. Pengguna tidak boleh membiarkan eBOOKtersebut berada di kawasan
yang terbuka dan boleh dicapai oleh orang lain atau tanpa pemerhatiannya. Pihak
pengurusan sekolah berhak mengambil balik eBOOK yang didapati berada
di tempat yang tidak selamat atau tanpa kawalan pengguna.
2.2 Sebarang
penggunaan secara perkongsian (sharing) seperti pencetak dan pengimbas menjadi
tanggungjawab bersama pengguna-pengguna terbabit.
2.3 Pengguna
juga hendaklah memastikan kebersihan dan penjagaaneBOOK yang diperuntukan
kepadanya dengan sebaik-baiknya.eBOOK disarankan juga ditutup (log off)
jika ditinggalkan untuk masa yang lama atau selepas digunakan bagi penjimatan
sumber kuasa.
2.4 Pengguna
juga dikehendaki menjalankan pogram antivirus bagi mengesan virus dan
‘spyware’ di dalam eBOOK mereka atau yang dibekalkan oleh pihak
pengurusan sekolah. ‘Scanning’ secara keseluruhan hendaklah dijalankan setiap
masa bagi memastikan bahawaeBOOK bersih daripada ancaman virus dan
‘spyware’.
3. Peraturan-Peraturan
Am
3.1 Pengguna
dilarang sama sekali meminda, menukarkan, mengeluarkan, menambahkan atau
mengalihkan komponen eBOOK tanpa kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu.
3.2 Pendaftaran eBOOK mesti
dilakukan oleh sekolah masing-masing dengan maklumat yang telah
ditetapkan(Nombor siri eBOOK, Nama murid, Nombor telefon rumah/telefon
bimbit, Nombor kad pengenalan/surat beranak/passport, Tahun pembelajaran/kelas,
Nama sekolah, Alamat tempat tinggal, Nama ibu bapa, Tarikh diterima). Rekod
pendaftaran mesti disimpan oleh pihak pengguna, sekolah dan pihak Jabatan
Pelajaran Negeri Terengganu untuk tujuan rujukan dan pengauditan.
3.3 Pengguna
berdaftar berhak untuk menggunakan eBOOK dan diberikan keistimewaan
tersebut mengikut perjanjian, peraturan dan syarat-syarat tertentu. Jabatan
Pelajaran Negeri Terengganu bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu berhak
menarik balik kemudahan yang diberikan pada bila-bila masa jika mana-mana
bahagian perjanjian, peraturan dan syarat-syarat tertentu diingkari.
3.4 Kemudahan
dan peralatan yang disediakan oleh eBOOK hanya boleh digunakan untuk
tujuan P&P secara formal atau sebaliknya. Penggunaan selain daripada yang
berkaitan P&P adalah tidak dibenarkan seperti untuk tujuan komersial atau
kepentingan politik.
3.5 Penggunaan
untuk tujuan peribadi yang berpatutan dibenarkan sekiranya amalan itu tidak
melibatkan peningkatan kos dan penggunaan sumber yang ketara sehingga
menjejaskan prestasi eBOOK.
3.6 Sentiasa
menyelenggarakan ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin
pengoperasian komputer sentiasa pada tahap optimum dan stabil.
3.7 Pengguna
hendaklah melapor atau membuat aduan tentang sebarang kerosakan kepada pihak
pengurusan sekolah untuk diambil tindakan penyenggaraan dan pembaikan.
3.8 Pengguna
dibenarkan menggunakan peralatan ICT yang lain kepada eBOOK tertakluk
pada dasar dan peraturan ini.
3.9 Sebarang
penggunaan tertakluk pada Dasar Keselamatan ICT KPM Pekeliling ICT Bil. 1 Tahun
2009. Kerajaan Negeri Terengganu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu tidak akan bertanggungjawab terhadap
sebarang penyalahgunaan eBOOK yang dilakukan oleh pengguna.
3.10
Keselamatan Mengakses Internet mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
Awam Bilangan 1 Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis Panduan Mengenai
Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan (http://www.mampu.gov.my/mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm).
4. Dasar
Penggunaan eBOOK
4.1 Peraturan
Melayari Laman-laman Web
4.1.1 Laman-laman
yang boleh dilayari, dilanggani dan digunakan adalah yang berbentuk pendidikan,
pengetahuan dan urusan untuk rujukan tugas atau diarahkan oleh pentadbir
sekolah atau guru-guru. Laman yang berbentuk keganasan, lucah, hasutan, tidak
produktif dan yang boleh menimbulkan atau menyebabkan keganasan, keruntuhan
akhlak dan kebencian adalah tidak dibenarkan dan dilarang sama sekali.
4.1.2 Penggunaan
laman-laman yang berbentuk hiburan, hobi atau 'leisure' tidak digalakkan.
4.1.3 Melayari
internet tanpa tujuan atau meninggalkan penggunaan internet ‘unattended’ adalah
tidak beretika dan tidak digalakkan kerana amalan ini boleh menyebabkan
kesesakan talian.
4.1.4 Pengguna
tidak dibenarkan menggunakan laman web untuk tujuan komersial kecuali dengan
kebenaran pihak JPNT.
4.1.5 Pengguna
juga dilarang memuat turun (downloading) sebarang maklumat yang berbentuk
hiburan, lucah dan sebagainya.
4.1.6 Pentadbir
Rangkaian Sekolah berhak menapis, menghalang, memeriksa dan mencegah penggunaan
mana-mana laman web atau kandungan yang dianggap tidak sesuai dan memudaratkan.
4.2 Penyalahgunaan
Capaian dan Membina Laman Web
4.2.1 Pengguna
dilarang mengganggu atau menceroboh laman-laman yang tidak dibenarkan oleh
pentadbir laman berkenaan.
4.2.2 Pengguna
dilarang memasukkan, menyalin, menciplak, mencetak atau
menyebarkan maklumat-maklumat dari internet yang
menyalahi undang-undang negara.
4.3 Penggunaan
E-Mail
4.3.1
Pengguna-pengguna e-mail perlu faham bahawa perkara-perkara berikut perlu
dipatuhi mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 –
UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet
Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan (http://www.mampu.gov.my/mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm).
5. Perisian
dan Sistem Pengoperasian eBOOK
5.1 Pengguna
dilarang membuang, meminda atau menambahkan sebarang perisian yang telah
dimasukkan ke dalam komputer untuk kegunaan mereka. Sebarang pindaan atau
pertambahan perisian hanya boleh dilakukan oleh kakitangan yang dibenarkan oleh
pihak Kerajaan Negeri Terengganu atau pembekal rasmi yang dilantik. Hal ini
bertujuan untuk mengelakkan eBOOK tersebut mengalami sebarang masalah
ketidakstabilan atau kerosakan.
5.2 Pengguna
juga dilarang memuat turun (download) sebarang perisian atau ‘screen saver’
dari internet ke dalam eBOOK yang dibekalkan. Langkah ini adalah
untuk mengelakkan berlakunya penyebaran virus, ‘spyware’ dan sebagainya.
5.3 Bagi
tujuan keselamatan daripada ancaman virus dan sebagainya perisian antivirus
yang akan digunakan ialah Symantec Norton Antivirus, AVG Anti Spyware dan
sebagainya yang difikirkan perlu dimasukkan mengikut perkembangan semasa.
5.4 Pihak
pengurusan sekolah berhak membuang mana-mana perisian yang difikirkan tidak
perlu berada di dalam eBOOK kerana boleh membebankan kelajuan
sesebuah komputer atau perisian yang dilarang dimasukkan seperti perisian untuk
sembang (internet chatting) dan sebagainya.
5.5 Pihak
pengurusan sekolah juga akan menyelaraskan program ‘screen saver’ bagi
semua eBOOK supaya menjadi seragam dan standard. Pengguna tidak
dibenarkan untuk mengubah atau membuang ‘screen saver’ yang telah ditetapkan
ini.
5.6 Perisian-perisian
lain selain daripada yang dinyatakan di atas tidak dibenarkan dimasukkan ke
dalam komputer melainkan mendapat kebenaran aripada pihak pengurusan sekolah
berkenaan.

No comments:
Post a Comment